Wednesday, August 10, 2011

[peRkaHwiNaN] : peRmuDaHKaNLah uRuSanNya!

bila 1 hari aku bagitau seseorang yang aku memohon supaya Allah mempermudahkan urusanku setiap hari,jawabnya pada aku..
Allah selalu mempermudahkan urusan kita,tapi kita yang selalu menyusahkan segalanya...dan aku selalu mengulang ingat tentang bait2 itu...
kerap pula aku berfikir tentang logiknya kerana aku berdoa atas sesuatu yang belum pasti,maka selayaknya aku berharap yang urusan itu dipermudahkan...

Dalam pada aku meniti hari2 yang datang,aku menerima khabar gembira dari seorang teman,bakal menjadi tunangan orang...
Bunga2 kebahagiaan itu makin mekar dalam hatinya...

Bila bicara soal bahagia begini...
segala macam perancangan hadir dalam benak fikiran masing-masing,termasuk aku...mengangankan hari bahagia itu memang lumrah wanita kan??=)
Maka,otak ligat membayangkan hari pertunangan..majlisnya akan dihadiri sahabat dan saudara...
Cincin yang tersarung bukan 1,malah mngkin 2...cincin merisik dan cincin bertunang...
Soal hantaran mula dibincang...berapakah?cukupkah?dan siapa yang menetapkannya?
Bagaimana dengan barang2?hendak dibalas berapa dengan berapa?
Kalian sajalah yang menjawab kerana aku masih belum mengalaminya....

Bagaimana dengan majlis perkahwinannya nanti?
Mahu bersanding?bagaimana dengan pelaminnya?berapa kos yang perlu ditanggung?makanannya?aduhaii....
Tiba2 otak aku berputar ligat tentang seorang hamba Allah...
Dia bercerita tentang majlis yang bakal dilangsungkannya...
Aku tanyakan tema majlisnya...dan ini jawapannya..

''Masa bertunang nanti akak akan pakai 2 pasang baju..temanya haruslah putih....masa nikah akak akan pakai warna hijau,masa bersanding akak akan pakai warna maroon,dan ada juga beberapa persalinan yang nak dipakai nanti..akak da jumpa dengan wedding planner,rias pelamin tu mesti dengan bunga-bunga segar,dan majlisnya mesti dibuat di dewan...tak sabar rasanya nak tunggu hari tu nanti..''

aku tercengang tanpa kata...
Lalu aku usulkan lagi..
''Akak jumpa wedding planner?erm..mesti mahal bayarannya kan?''soalku takut2.
Dia pandang aku dengan muka bahagia.Katanya,
''Ish,xde la..bakal suami yang nakkan macam tu..Bila dia tanya citarasa akak,akak bagitau je la macam tu,lagipun kawin ni sekali seumur hidup..
Erm,bakal suami amik pakej RM60k...''

Aku bisu terus...
Jari jemari mencongak nilai RM60k...
Otak ligat berfikir...
RM60k..
Adeh..sesak nafas sekejap...

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nisa' ayat 36:
 Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan dirinya.

Hurm..itu kisah orang yang mampu..Yela,kalau xmampu,xde la dia nak menanggung kos sebesar itu...
Bagaimana dengan kisah orang yang tak mampu,tapi punya keinginan setinggi itu?
Tak lain tak bukan,loan la jawabnya...
Berapa pula nilai yang harus dipinjam?Selama mana harus dilangsaikan?Persoalan demi persoalan harus dirungkai...
Dan yang penting,adakah kita mempermudahkan urusan tersebut?

Aku tak pernah terfikir tentang semua ini sehingga lah aku mendengar tentang cerita2 semasa kawin yang masih belum selesai sehingga selepas kawin...Pinjaman yang belum langsai,hutang yg belum dilunaskan..(malah ada yang dah buat2 lupa..)
Aku tak merasa,tapi sekurang2nya aku melihat dan mengetahui kesan2nya...

Sabda Rasulullah s.a.w.:
 Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan. (Riwayat at-Tirmizi)

Aku memasang impian,kalau lah suatu hari nanti aku disunting,biarlah urusan pernikahan berakhir disitu juga..Usah dibawa-bawa hingga beberapa tahun perkahwinan...
Permudahkanlah ia...

Aku pernah membaca tentang biografi isteri Tok Guru Nik Abdul Aziz..
Dan ada salah 1 bab di mana beliau menceritakan tentang perkahwinan anak perempuannya...Tentang kerisauannya bila anaknya disunting,berapakah nilai hantaran yang bakal diletakkan dan bagaimana urusan majlis tersebut.
Usai berbincang dengan suami tersayang,maka ditetapkan hantaran hanyalah sebanyak RM1000.Itu pun dengan niat semoga masyarakat juga tidak terikut-ikut dengan meletakkan hantaran yang tinggi.Sudahlah nilainya tinggi,membebankan pula...
Apa pendapat kalian?

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Furqan ayat 67:
 Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kedekut, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

Kenapa mesti mengikut kemampuan orang lain sedangkan kita tidak mampu?
Dan kalaupun kita mampu,kenapa perlu membazir dengan segala yang tidak perlu?

Kita sewajarnya tidak terlalu ghairah berbelanja besar sehingga lupa bahawa selepas majlis perkahwinan,kita akan memulakan hidup baru bersama pasangan di rumah sendiri. Bagi yang merancang tinggal bersama keluarga atau mentua, mungkin mereka agak kurang bermasalah dari segi menyediakan perkara asas. Tetapi bagi mereka yang ingin tinggal bersendirian, rumah sewa sepatutnya sudah diperoleh dua atau tiga bulan sebelum berkahwin.

Sekiranya kita membudayakan majlis perkahwinan yang sederhana, sudah tentu perkara-perkara negatif seperti berhutang, menunjuk-nunjuk, membazir dan sebagainya dapat dijauhi. Perkahwinan adalah ibadah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Namun jika ia dicemari dengan perkara- perkara yang tidak baik, dibimbangi nanti matlamat untuk melaksanakan ibadah tidak tercapai.

Fahami kembali konsep perkahwinan itu...
Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita harus mendepani rumahtagga yang akan kita bina?
Jangan nanti majlisnya mencecah ribuan ringgit,tetapi hanya sekejap cuma...
Hamparkan segala harapan pada Allah..Biarkan Dia yang menilai..
Sesungguhnya Dia telah mempermudahkan jalan dan setiap urusan
Terpulang kepada kita untuk mengikutinya atau memilih untuk menyusahkan diri...

~cinta itu milik Allah..dan bila aku menyatakan rasa itu pada seorang hambaNya,ketahuilah..itu adalah permulaan kepada kepercayaan.
dan bila ia dikhianati,segalanya akan hilang diantara kita...tetapi Allah masih lagi ada untukku~


~bergantung harap hanya pada Allah~
atikah : 301010

No comments: