Wednesday, August 10, 2011

[reNCaH hiDuP] : maLaNg GaDis siNgLe....

Hurm...
Istighfar berkali-kali...Perasaan marah da memuncak dalam diri...

Aqu xtau ape yang xkena hari ni sampai aqu leh layan mesej kawan yang aqu anggap kawan baik suatu ketika dulu.Mungkin sebab aqu masih bersangka baik dengan die sebagai seorang kawan,maka aqu buat macam tu pun atas dasar seorang kawan.

Tak sangka la plak bila aqu mesej dengan cara yang baik,die boleh balas dengan mesej-mesej lucah kat aqu...
Geram!
Of course aqu geram gile...nak marah...nak maki orang je rasa...

Mentang-mentang aqu single,xde orang nak back up aqu,kau boleh buat aqu macam-macam!
Agak xlogik la plak kalau aqu nak mengadu ngan ayah aqu fasal sexual harrassment yang die wat kat aqu ni,sebabnya ayah aqu pun xkenal die.

Aku mula mengesan nada lucah dalam  mesej die,sampai lah akhirnya die berterus-terang yang die selalu tidur dengan perempuan.
Patut lah aritu die beria-ia nak jumpa aqu,nak datang rumah sewa aqu.Nasib baik aqu ni bukan jenis percayakan orang.Even ko kawan @ x,ko tetap xleh jejak kaki ke rumah aqu tinggal ni...!

Hurm...
Pedih rasa hati,ni bukan sekali...dah berkali-kali aqu dapat nasib yang begini...
Orang seolah-olah mengambil kesempatan ke atas aqu kerana aqu ni jenis lembut,dan orang tahu aqu ni memang jenis xde orang back up.

Tapi tu bukan alasannya!
Aqu xsuka bila orang buat macam tu...!

Sebab tu aqu selalu berharap dan berdoa supaya jodoh aqu datang dengan cepat,sekurang-kurangnya aqu ade pelindung.
Sampai bila aqu kena bertahan dengan hasutan yang macam ni?

Nampaknye ini akan terus berlaku...dan aqu hanya mampu mengelak dengan cara tersendiri....
Bila seorang gadis tu single,bukan bermaksud die boleh diperlakukan sesuka hati.Mungkin aqu masih boleh bersabar walaupun aqu xtau sampai bila aqu kena sabar.

Namun,dalam marah-marah ni,aqu kena bersyukur sekurang-kurangnya aqu tahu yang mana kawan dan yang mana mengambil kesempatan,setidak-tidaknya aqu da boleh delete die sebagai kawan dengan rasa senang hati.....

~Ya Allah,tunjukkan aqu jalanMu,lindungilah aqu dengan rahmatMu~
sekali berkawan,xbermakna selamanya kawan

[aNnOunCemEnT] : wiDgEt 100 pEnULis

Assalamualaikum...
First nak wish terima kasih banyak-banyak kat Lisa coz datang jenguk kat blog aqu,then aqu terbaca entry die fasal widget 100 penulis.Tergerak hati plak nak cube...

Meh kite tengok macamana nak grab widget tu...

Salam sejahtera untuk anda.

Ingat lagi tak dengan widget PING YOUR BLOG dari 100penulis dulu? Sekarang dah diupgrade jadi widget blogwalking. Kali ni lebih simple, tak payah lagi nak ping-ping bagai, just apply untuk masuk dalam senarai dan setiap kali anda update blog, tajuk entri akan dipaparkan secara automatik.

Widget blogwalking ni lebih DINAMIK dan lebih adil. Maksudnya, kalau kita blogwalking guna widget ni, dah tentu akan ke blog yang BARU DIUPDATE. Bukan ke
blog bersawang yang semestinya tak akan membalas kunjungan anda.

Ada 90 lagi tempat kosong dalam widget ini, bloggers yang berminat nak senaraikan blog anda dan mendapat trafik dari widget ini hanya perlu ikut syarat mudah :

1) Grab widget ini dan paparkan di sidebar blog anda. (Klik Grab Widget)
Widget boleh diperolehi dari sidebar 100penulis.com



2) Tulis entri untuk sebarkan berita ini (90 tempat kosong masih menanti)

3) Email kepada 100penulis[at]gmail[dot]com, hantarkan details berikut :
a) tajuk entri dan link entri anda
b) link blog anda

SIMPLE KAN? SELAMAT BERBLOGWALKING! :) 

so,tunggu ape lagi?
Aqu da on the way...Korang plak macamana?

[peRkaHwiNaN] : peRmuDaHKaNLah uRuSanNya!

bila 1 hari aku bagitau seseorang yang aku memohon supaya Allah mempermudahkan urusanku setiap hari,jawabnya pada aku..
Allah selalu mempermudahkan urusan kita,tapi kita yang selalu menyusahkan segalanya...dan aku selalu mengulang ingat tentang bait2 itu...
kerap pula aku berfikir tentang logiknya kerana aku berdoa atas sesuatu yang belum pasti,maka selayaknya aku berharap yang urusan itu dipermudahkan...

Dalam pada aku meniti hari2 yang datang,aku menerima khabar gembira dari seorang teman,bakal menjadi tunangan orang...
Bunga2 kebahagiaan itu makin mekar dalam hatinya...

Bila bicara soal bahagia begini...
segala macam perancangan hadir dalam benak fikiran masing-masing,termasuk aku...mengangankan hari bahagia itu memang lumrah wanita kan??=)
Maka,otak ligat membayangkan hari pertunangan..majlisnya akan dihadiri sahabat dan saudara...
Cincin yang tersarung bukan 1,malah mngkin 2...cincin merisik dan cincin bertunang...
Soal hantaran mula dibincang...berapakah?cukupkah?dan siapa yang menetapkannya?
Bagaimana dengan barang2?hendak dibalas berapa dengan berapa?
Kalian sajalah yang menjawab kerana aku masih belum mengalaminya....

Bagaimana dengan majlis perkahwinannya nanti?
Mahu bersanding?bagaimana dengan pelaminnya?berapa kos yang perlu ditanggung?makanannya?aduhaii....
Tiba2 otak aku berputar ligat tentang seorang hamba Allah...
Dia bercerita tentang majlis yang bakal dilangsungkannya...
Aku tanyakan tema majlisnya...dan ini jawapannya..

''Masa bertunang nanti akak akan pakai 2 pasang baju..temanya haruslah putih....masa nikah akak akan pakai warna hijau,masa bersanding akak akan pakai warna maroon,dan ada juga beberapa persalinan yang nak dipakai nanti..akak da jumpa dengan wedding planner,rias pelamin tu mesti dengan bunga-bunga segar,dan majlisnya mesti dibuat di dewan...tak sabar rasanya nak tunggu hari tu nanti..''

aku tercengang tanpa kata...
Lalu aku usulkan lagi..
''Akak jumpa wedding planner?erm..mesti mahal bayarannya kan?''soalku takut2.
Dia pandang aku dengan muka bahagia.Katanya,
''Ish,xde la..bakal suami yang nakkan macam tu..Bila dia tanya citarasa akak,akak bagitau je la macam tu,lagipun kawin ni sekali seumur hidup..
Erm,bakal suami amik pakej RM60k...''

Aku bisu terus...
Jari jemari mencongak nilai RM60k...
Otak ligat berfikir...
RM60k..
Adeh..sesak nafas sekejap...

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nisa' ayat 36:
 Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan dirinya.

Hurm..itu kisah orang yang mampu..Yela,kalau xmampu,xde la dia nak menanggung kos sebesar itu...
Bagaimana dengan kisah orang yang tak mampu,tapi punya keinginan setinggi itu?
Tak lain tak bukan,loan la jawabnya...
Berapa pula nilai yang harus dipinjam?Selama mana harus dilangsaikan?Persoalan demi persoalan harus dirungkai...
Dan yang penting,adakah kita mempermudahkan urusan tersebut?

Aku tak pernah terfikir tentang semua ini sehingga lah aku mendengar tentang cerita2 semasa kawin yang masih belum selesai sehingga selepas kawin...Pinjaman yang belum langsai,hutang yg belum dilunaskan..(malah ada yang dah buat2 lupa..)
Aku tak merasa,tapi sekurang2nya aku melihat dan mengetahui kesan2nya...

Sabda Rasulullah s.a.w.:
 Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan. (Riwayat at-Tirmizi)

Aku memasang impian,kalau lah suatu hari nanti aku disunting,biarlah urusan pernikahan berakhir disitu juga..Usah dibawa-bawa hingga beberapa tahun perkahwinan...
Permudahkanlah ia...

Aku pernah membaca tentang biografi isteri Tok Guru Nik Abdul Aziz..
Dan ada salah 1 bab di mana beliau menceritakan tentang perkahwinan anak perempuannya...Tentang kerisauannya bila anaknya disunting,berapakah nilai hantaran yang bakal diletakkan dan bagaimana urusan majlis tersebut.
Usai berbincang dengan suami tersayang,maka ditetapkan hantaran hanyalah sebanyak RM1000.Itu pun dengan niat semoga masyarakat juga tidak terikut-ikut dengan meletakkan hantaran yang tinggi.Sudahlah nilainya tinggi,membebankan pula...
Apa pendapat kalian?

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Furqan ayat 67:
 Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kedekut, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

Kenapa mesti mengikut kemampuan orang lain sedangkan kita tidak mampu?
Dan kalaupun kita mampu,kenapa perlu membazir dengan segala yang tidak perlu?

Kita sewajarnya tidak terlalu ghairah berbelanja besar sehingga lupa bahawa selepas majlis perkahwinan,kita akan memulakan hidup baru bersama pasangan di rumah sendiri. Bagi yang merancang tinggal bersama keluarga atau mentua, mungkin mereka agak kurang bermasalah dari segi menyediakan perkara asas. Tetapi bagi mereka yang ingin tinggal bersendirian, rumah sewa sepatutnya sudah diperoleh dua atau tiga bulan sebelum berkahwin.

Sekiranya kita membudayakan majlis perkahwinan yang sederhana, sudah tentu perkara-perkara negatif seperti berhutang, menunjuk-nunjuk, membazir dan sebagainya dapat dijauhi. Perkahwinan adalah ibadah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Namun jika ia dicemari dengan perkara- perkara yang tidak baik, dibimbangi nanti matlamat untuk melaksanakan ibadah tidak tercapai.

Fahami kembali konsep perkahwinan itu...
Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita harus mendepani rumahtagga yang akan kita bina?
Jangan nanti majlisnya mencecah ribuan ringgit,tetapi hanya sekejap cuma...
Hamparkan segala harapan pada Allah..Biarkan Dia yang menilai..
Sesungguhnya Dia telah mempermudahkan jalan dan setiap urusan
Terpulang kepada kita untuk mengikutinya atau memilih untuk menyusahkan diri...

~cinta itu milik Allah..dan bila aku menyatakan rasa itu pada seorang hambaNya,ketahuilah..itu adalah permulaan kepada kepercayaan.
dan bila ia dikhianati,segalanya akan hilang diantara kita...tetapi Allah masih lagi ada untukku~


~bergantung harap hanya pada Allah~
atikah : 301010

Tuesday, August 9, 2011

[reNCaH hiDuP] : keNaPa beLuM kAWin....?

Aqu kekadang naik bosan bila orang tanya fasal kawin,cakap fasal jodoh,soal fasal pasangan....
Kadang-kadang rasa macam nak jerit je...Tu bukan urusan aqu...!!!

Betul pe?
Tu bukan urusan aqu,tu urusan Allah,Allah yang mengatur semua tu...Apa yang aqu tahu hanyalah usaha,usaha dan usaha...Tapi,bak kate makcik aqu,

'kakak usaha banyak mana pun,kalau Allah kata belum masanya lagi,
kakak xkan jumpe juga dengan pasangan kakak...'

tu kate makcik aqu.Tapi ade suatu hari aqu baca sebuah artikel tentang soal usaha dalam mencari jodoh ni,aqu terjumpa pulak petikan ayat yang macam ni,

pemuda : ustaz,saya da usaha mencari pasangan hidup saya,tapi masih belum berjumpa,
kenapa ye ustaz?

ustaz : mungkin usaha kamu masih belum cukup lagi....

pemuda : saya da mencari sejak 2 tahun yang lepas ustaz,doa setiap hari.
Macamana pulak masih belum cukup?

ustaz : mungkin Allah telah menetapkan bahawa selepas kamu berusaha selama 3 tahun,baru kamu bertemu jodoh kamu.Sedangkan kamu pula berhenti selepas berusaha selama 2 tahun.
Kerana itulah kamu belum menemui jodoh kamu.

Hah!
kalau macam tu,macamana pulak ea?
Pendek kate,jangan lah berhenti berusaha...Memintalah dengan Allah...

Cuma,yang xmampu bertahan adalah kesabaran bila berdepan dengan masyarakat yang seringkali mendesak dan menyibuk!
Semuanya nak ambil tahu,bagi aqu,bukannya xboleh nak ambil tahu,tapi biarlah dengan cara yang betul dan perkara yang betul.

Hurm...
betullah kata orang,ikutkan hati..mati,ikutkan rasa,binasa...
Ikutkan kata-kata orang,memang la xberkesudahan...Ada je yang xkena dengan ape yang kite buat.So,aqu sekarang,pekakkan telinga,tutup mata,bisukan mulut bila ada yang bertanya soal jodoh,pasangan dan hal-hal perkahwinan ni.

Bukan senang,sebab..mana-mana pun aqu pergi,bila nampak pasangan suami isteri,mesti ada rasa sayu,ade rasa sedih.Kadang-kadang sampai terfikir apakah kekurangan aqu ni...?Dimanakah salah dan silap aqu sebagai hamba kepada Allah?Adakah ini ujian kerana Dia tahu kekuatanku disini?
Ini adalah fitrah.Fitrah dan lumrah hidup.Setiap manusia itu diciptakan berpasang-pasangan.

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36
 
Bukan salah aqu bila ketentuanNya masih belum tiba,aqu sekadar hamba yang lemah,masih dan akan selalu bergantung kepada Allah.Fahamilah isi hati yang sunyi,namun ketentuan Ilahi itu punya hikmah yang besar dan sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui.
~doa,doa,doa,doa dan teruslah berdoa~

[baiTi JaNnaTi] : aPa YanG kaU maHu....?

Assalamualaikum....
Apa khabar?
Ini entry seterusnya selepas aqu promote workshop ni....

Apa yang aqu nak kongsi dalam entry kali ni adalah berkaitan hubungan kekeluargaan, dan sebenarnya idea ni tercetus bila aqu termasuk dalam masalah ni.

Kisahnya bila mak aqu anta mesej kat adik aqu katanya ;

jaga tutur kata,jaga akhlak dengan baik

pada aqu,xde ape pun yang salah fasal mesej tu,ia sekadar nasihat dan ingatan kasih dari seorang ibu untuk anak die.Tapi,yang jadi masalahnya bila si anak mentafsirkannya dengan negatif,maka penerimaannya pun negatif la.

Sama la macam adik aqu tu,die mentafsirkannya sebagai sesuatu yang negatif.Penat lah aqu nak memujuknye segala bagai....Tapi bila dia da fikir camtu,aqu pun xreti nak wat cemana,pujuk,mesej,kol...Last-last da penat pujuk,aqu pun biarkan je die tenangkan diri sendiri.

duhai anak,mengertilah hati ibu....
sesungguhnya doa seorang ibu tu mustajab dan cepat dimakbulkan Allah.Kadang-kadang aqu sendiri xpandai nak bermain dengan psikologi sebab semua tu dipengaruhi oleh mood seseorang,kalau macam tu,macamana plak kita nak memberi dengan lebih baik?

1.berkomunikasilah
-Melalui komunikasi dua hala sebegini,sama ibu @ anak boleh membaca dan menafsirkan mood masing-masing.
-Mulakan komunikasi dengan bertanya khabar,tugasan harian dan barulah boleh diselit dengan nasihat.
Bagi aqu,ni adalah aturan yang mengikut proses dan ia sangat baik.Kenapa?kerana melalui pertanyaan yang mengambil berat macam tu,ia akan menyebabkan mood seseorang berada di paras paling bawah,iaitu bertenang dan happy.Xcaye?nanti cuba lah....
-Gunakan tone suara yang menggembirakan dan nasihat melalui unsur-unsur humor.Bukan semua orang mampu menerima nasihat dalam nada yang serius

2.sampaikan mesej indirectly
-Macamana pulak tu?Maksudnya,bila nak menyampaikan sesuatu maksud tu kepada seseorang,jangan terlalu menampakkan sangat bahawa nasihat tu ditujukan untuk dia,ade orang lebih senang menerima melalui penyampaian yang xlangsung ni...

3.always keep in touch
-Ini adalah tindakan yang penting sebelum nak memberi nasihat.Dengan tindakan macam ni,selalunya pihak yang menerima nasihat tu akan lebih lembut hati untuk menerima sebab die rasa dihargai.

Tapi,yang susahnya adalah apabila memberi cadangan kepada satu pihak je,sedangkan pihak yang menerima nasihat tu tidak pulak dididik dengan cara menerima nasihat sebaik mungkin.

Sesiapa pun yang membaca entry ini,sama ada dari pihak yang memberi nasihat atau yang menerima nasihat,aqu cuma boleh cakap berlapang dada lah dengan setiap apa yang diberi.

Wahai anak-anak,apa lagi mahumu?
Ibu sudah kirim seluruh kasih sayangnya buat setiap dari kamu sejak kecil lagi,setiap yang ibu pesan adalah ingatan kasih sayang buat kamu....
Apakah kau mahu ibu melupakanmu?

~ingatan untuk diri sendiri juga~






SiTeMaP.....

piPinG..weLdiNg...sErVices.....RepAir....baNaNa...tuRbO...

first entry adalah berkaitan marketing,huhuhu....
aqu nak promote workshop
workshop ni kat area Shah Alam,kat Seksyen 26

korang ade pape masalah fasal kereta?lori?van?
korang leh rujuk kat workshop ni,
mamat ni expert dalam
EXHAUST
WELDING
PIPING
SERVICE KENDERAAN
REPAIR

selain tu,die ni memang expert gak dalam hal-hal convert kete
wah...puji melambung je kan?huhu


 
 
pape pun,untuk keterangan lanjut,korang leh deal dengan die if korang ada masalah kereta
TAM : 012-2677026

korang jugak boleh tengok hasil kerja dia dalam page facebook
jangan lupe like ok...?
 
setakat yang aqu tahu,ramai yang puashati ngan keje-keje die
sebab die ni memang jenis teliti wat keje....
dengan die,korang leh deal ape yang korang nak wat,
die akan bukak quotation harga dulu,bila semua da setuju,baru proceed dengan keje....

kalau rasa xpuas tengok page die,korang leh pegi kedai die
alamatnya :

No. 25, Jalan TP7/3, Taman Industri Sime UEP, 
Seksyen 26, 40400 Shah Alam.
 
ok la,sekian dari aqu...
jumpe lagi dalam promo session yang lain


~aqu naik kenari saja meyh...hukhuk~
 
<script style="text/javascript" src= 
"http://www.abu-farhan.com/script/daftarisiblogger/blogtoc-min.js"
></script>
<script src="http://www.miccitika.blogspot.com
 /feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;
callback=loadtoc" ></script>

Permulaan Baru

Coretan pertama untuk second blog aqu...
Aqu cuba untuk mengemaskinikan blog kedua dengan penambahan baru supaya setiap entry dapat dicari dengan mudah dan lebih memudahkan.
Setiap entry akan dikategorikan mengikut isi kandungannya,so,bagi aqu,tak timbul masalah la kalau korang nak cari semua tu.

Okeh,now,let's move to a new entry...

Chill!
~atikah~