HATI TENANG ATAU TENTANG?
Assalamualaikum…
Lama tak menjengah ruang ini. Adakala rindu datang tapi tak ada
isi untuk menulis. Kadang-kadang sudah pun menulis,tapi ayat pula tak tersusun :) -alasan kan?-
Mei sudah di pertengahan,apa khabar dengan iman?
Masih utuh seperti permulaan hijrah? Atau sedikit sebanyak
telah goyang dek kerana mainan dunia?
Kita mungkin sama,yang beza cara kita menangani segala
cubaan dan dugaan.Tidak ada manusia pun yang tidak diuji,dan dek kerana ujian
lah kita menjadi semakin kuat untuk beristiqamah serta meletakkan sepenuh rasa
percaya kepada Allah.
Bukankah begitu?
Ada masa bila iman naik,kita bersemangat!
Dan adakala bila iman turun,kita seakan rebah tersungkur!
Lalu,dengan amalan dan keyakinan apakah yang kita lakukan
supaya kita tidak hanyut dalam godaan syaitan?
-ZIKIR-
Perbanyakkanlah zikir,ia salah satu ubat hati :)
Zikir membuatkan kita lebih patuh dan tunduk dengan
kekuasaan Allah s.w.t kerana dengan setiap dari makna zikir itu kita akan
merasakan bahawa kita ini hanyalah insan kerdil yang sentiasa mendambakan
perhatian dan kasih sayangNya.
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR…!
Sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati kita akan menjadi
tenang :)
Mungkin pada permulaan bagi yang baru belajar menyemai zikir
di bibir,adakalanya kita terlupa mengungkapkannya. Namun,lama-kelamaan,bila
kita sudah biasa, itulah yang akan kita lazimi tatkala bersendiri. Tanpa sedar...
Benar,tanpa kita sedari !
Kalimah-kalimah suci memuji Ilahi terus saja bergerak tanpa
henti, sampai masa hati akan terusik, dijentik rasa takut dan tunduk merebah
diri kepada Yang Maha Kuasa. Tanpa sedar juga, manik dari kolam mata akan
menitis menyucikan hati. Allahuakbar !
Saat permulaan hari,bila bangun dari sedar,kita akan mulakan
dengan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan kita untuk
memberi peluang kepada kita melakukan ibadah kepadaNya, menyebar kebaikan
kepada setiap manusia.
Saat kaki melangkah keluar ke tempat kerja, Subhanallah!
Allahuakbar ! Betapa indahnya suasana pagi yang Allah ciptakan untuk tatapan
pancaindera kita,Maha Suci Allah… Inilah tanda kekuasaanNya, Allah Maha Besar…!
Ketika mata tertancap pada pandangan dan kebesaran Allah,
ungkaplah lagi kalimah itu Subhanallah, Allahuakbar, Alhamdulillah… kita masih
ada kelebihan untuk melihat dengan pandangan zahir, berbanding mereka yang
hanya merasai dengan mata hati.
Masihkah ada lagi sebab untuk kita tidak merasa syukur?
Apakah hati masih lagi degil untuk mengakui kebesaranNya?
Ungkaplah lagi kalimah zikir itu,
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR
LAILAHAILLALLAH
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR
LAILAHAILLALLAH
Semoga bibir kita akan terus mengalun kalimah ini.
Semoga hati kita akan tenang mencambah iman dalam diam…
Wassalam…
| antara sedar dan tidak,berapa kali kalian mengungkap
bacaan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar?
|