Friday, May 11, 2012

Muhasabah


HATI TENANG ATAU TENTANG?

Assalamualaikum…
Lama tak menjengah ruang ini. Adakala rindu datang tapi tak ada isi untuk menulis. Kadang-kadang sudah pun menulis,tapi ayat pula tak tersusun :)  -alasan kan?-

Mei sudah di pertengahan,apa khabar dengan iman?

Masih utuh seperti permulaan hijrah? Atau sedikit sebanyak telah goyang dek kerana mainan dunia?
Kita mungkin sama,yang beza cara kita menangani segala cubaan dan dugaan.Tidak ada manusia pun yang tidak diuji,dan dek kerana ujian lah kita menjadi semakin kuat untuk beristiqamah serta meletakkan sepenuh rasa percaya kepada Allah.

Bukankah begitu?

Ada masa bila iman naik,kita bersemangat!
Dan adakala bila iman turun,kita seakan rebah tersungkur!

Lalu,dengan amalan dan keyakinan apakah yang kita lakukan supaya kita tidak hanyut dalam godaan syaitan?

-ZIKIR-

Perbanyakkanlah zikir,ia salah satu ubat hati :)

Zikir membuatkan kita lebih patuh dan tunduk dengan kekuasaan Allah s.w.t kerana dengan setiap dari makna zikir itu kita akan merasakan bahawa kita ini hanyalah insan kerdil yang sentiasa mendambakan perhatian dan kasih sayangNya.

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR…!

Sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati kita akan menjadi tenang :)

Mungkin pada permulaan bagi yang baru belajar menyemai zikir di bibir,adakalanya kita terlupa mengungkapkannya. Namun,lama-kelamaan,bila kita sudah biasa, itulah yang akan kita lazimi tatkala bersendiri. Tanpa sedar... Benar,tanpa kita sedari !

Kalimah-kalimah suci memuji Ilahi terus saja bergerak tanpa henti, sampai masa hati akan terusik, dijentik rasa takut dan tunduk merebah diri kepada Yang Maha Kuasa. Tanpa sedar juga, manik dari kolam mata akan menitis menyucikan hati. Allahuakbar !

Saat permulaan hari,bila bangun dari sedar,kita akan mulakan dengan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan kita untuk memberi peluang kepada kita melakukan ibadah kepadaNya, menyebar kebaikan kepada setiap manusia.

Saat kaki melangkah keluar ke tempat kerja, Subhanallah! Allahuakbar ! Betapa indahnya suasana pagi yang Allah ciptakan untuk tatapan pancaindera kita,Maha Suci Allah… Inilah tanda kekuasaanNya, Allah Maha Besar…!

Ketika mata tertancap pada pandangan dan kebesaran Allah, ungkaplah lagi kalimah itu Subhanallah, Allahuakbar, Alhamdulillah… kita masih ada kelebihan untuk melihat dengan pandangan zahir, berbanding mereka yang hanya merasai dengan mata hati. 

Masihkah ada lagi sebab untuk kita tidak merasa syukur?

Apakah hati masih lagi degil untuk mengakui kebesaranNya?

Ungkaplah lagi kalimah zikir itu,

SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR
LAILAHAILLALLAH

SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR
LAILAHAILLALLAH

Semoga bibir kita akan terus mengalun kalimah ini.
Semoga hati kita akan tenang mencambah iman dalam diam…

Wassalam…


| antara sedar dan tidak,berapa kali kalian mengungkap bacaan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar? |

No comments: