Tuesday, August 9, 2011

[baiTi JaNnaTi] : aPa YanG kaU maHu....?

Assalamualaikum....
Apa khabar?
Ini entry seterusnya selepas aqu promote workshop ni....

Apa yang aqu nak kongsi dalam entry kali ni adalah berkaitan hubungan kekeluargaan, dan sebenarnya idea ni tercetus bila aqu termasuk dalam masalah ni.

Kisahnya bila mak aqu anta mesej kat adik aqu katanya ;

jaga tutur kata,jaga akhlak dengan baik

pada aqu,xde ape pun yang salah fasal mesej tu,ia sekadar nasihat dan ingatan kasih dari seorang ibu untuk anak die.Tapi,yang jadi masalahnya bila si anak mentafsirkannya dengan negatif,maka penerimaannya pun negatif la.

Sama la macam adik aqu tu,die mentafsirkannya sebagai sesuatu yang negatif.Penat lah aqu nak memujuknye segala bagai....Tapi bila dia da fikir camtu,aqu pun xreti nak wat cemana,pujuk,mesej,kol...Last-last da penat pujuk,aqu pun biarkan je die tenangkan diri sendiri.

duhai anak,mengertilah hati ibu....
sesungguhnya doa seorang ibu tu mustajab dan cepat dimakbulkan Allah.Kadang-kadang aqu sendiri xpandai nak bermain dengan psikologi sebab semua tu dipengaruhi oleh mood seseorang,kalau macam tu,macamana plak kita nak memberi dengan lebih baik?

1.berkomunikasilah
-Melalui komunikasi dua hala sebegini,sama ibu @ anak boleh membaca dan menafsirkan mood masing-masing.
-Mulakan komunikasi dengan bertanya khabar,tugasan harian dan barulah boleh diselit dengan nasihat.
Bagi aqu,ni adalah aturan yang mengikut proses dan ia sangat baik.Kenapa?kerana melalui pertanyaan yang mengambil berat macam tu,ia akan menyebabkan mood seseorang berada di paras paling bawah,iaitu bertenang dan happy.Xcaye?nanti cuba lah....
-Gunakan tone suara yang menggembirakan dan nasihat melalui unsur-unsur humor.Bukan semua orang mampu menerima nasihat dalam nada yang serius

2.sampaikan mesej indirectly
-Macamana pulak tu?Maksudnya,bila nak menyampaikan sesuatu maksud tu kepada seseorang,jangan terlalu menampakkan sangat bahawa nasihat tu ditujukan untuk dia,ade orang lebih senang menerima melalui penyampaian yang xlangsung ni...

3.always keep in touch
-Ini adalah tindakan yang penting sebelum nak memberi nasihat.Dengan tindakan macam ni,selalunya pihak yang menerima nasihat tu akan lebih lembut hati untuk menerima sebab die rasa dihargai.

Tapi,yang susahnya adalah apabila memberi cadangan kepada satu pihak je,sedangkan pihak yang menerima nasihat tu tidak pulak dididik dengan cara menerima nasihat sebaik mungkin.

Sesiapa pun yang membaca entry ini,sama ada dari pihak yang memberi nasihat atau yang menerima nasihat,aqu cuma boleh cakap berlapang dada lah dengan setiap apa yang diberi.

Wahai anak-anak,apa lagi mahumu?
Ibu sudah kirim seluruh kasih sayangnya buat setiap dari kamu sejak kecil lagi,setiap yang ibu pesan adalah ingatan kasih sayang buat kamu....
Apakah kau mahu ibu melupakanmu?

~ingatan untuk diri sendiri juga~






No comments: