Friday, August 12, 2011

[reNCaH hiDuP] : dUhAi TuHan..aPakAh hiKmaHnYa?

perempuan dan airmata itu sinonim,macam isi dengan kuku,xterpisah dan xmungkin akan terpisah.aqu pun mungkin begitu biarpun dugaan sebesar semut,nangisnya bagai orang hilang anak...

sebenarnya,dari sehari ke sehari,aqu selalu dan sentiasa berfikir,kenapakah Allah mentakdirkan rezeki aqu sebagai seorang jururawat?padahal ini bukanlah bidang tugas yang aqu pilih lahir dari hati.aqu kira aqu mula tertarik pada bidang ni semasa makcik aqu mula mengambil diploma kejururawatan di Masterskill.kemudian aqu mencuba nasib dengan menghantar permohonan ke PPUM.

seterusnya rentetan hidup aqu bagaikan berjalan lancar bila aqu dipanggil temuduga,lulus dalam temuduga,belajar dan akhirnya bekerja di dalam bidang ini.
apakah hikmahnya wahai Tuhanku?

kadang-kadang aqu mengambil masa bersendiri,memandang perubahan dalam diri,emosi dan semangat aqu sendiri.apakah aqu akan jadi seperti yang selalu orang gembar-gemburkan?

nurse ni garang!
nurse ni ganas!
nurse ni xde hati perut!
suka menjerit!
suka marah-marah!

mungkinkah?
hampir setahun perjalanan aqu lalui...bekerja di dua tempat yang berbeza...Paediatric ICU dan unit Bone Marrow Transplant.
perasaannya berbeza benar...

aqu melihat kematian dengan lebih dekat,seakan pengalaman itu tertanam dalam diri,dan aqu masih menangis bila Izrail mengambil nyawa mereka!
aqu lihat mereka terseksa tanpa dapat aqu berbuat apa-apa.....!


mereka menanggung sakit yang teruk,menerima rawatan yang kadang-kadang menyekat kebebasan bermain, dan kebanyakan dari mereka adalah bayi dan kanak-kanak!

airmata xmampu ditahan,xmampu dibendung lagi...
empangan esak tangis ini barangkali membuatkan aqu sentiasa dan akan terus berfikir tentang iktibar kekuatan diri mereka.

beberapa minggu lepas,salah seorang pesakit pergi menghadap Ilahi,dan hari ini,khabar buruk diterima oleh keluarga yang lain...
dugaan aqu mungkin xseberapa,dugaan mereka terlalu besar...Ya Allah,berikan mereka kekuatan...!

aqu menulis entry ini selepas aqu membaca kisah ibu ini .
bacalah!
moga ada pengajaran yang boleh dikutip,ada doa yang boleh dititipkan untuknya,ade semangat yang boleh dikirim....

Allah xkan memberi dugaan melainkan Dia tahu kamu mampu menanggungnya

~Allah Maha Mengetahui...~
atikah : 120811

2 comments:

Unknown said...

ya, Allah maha mengetahui :)

tika said...

@saiazuan : semoga kita kuat dlm meneruskan kelangsungan hidup....