Thursday, August 11, 2011

[reNCaH hiDuP] : aQu yaNg peLupA....kOraNg?

haish...
lupa..lupa...lupa...dan lupa...
Sape yang ingatan dia memang kuat sangat-sangat sampai xpernah lupa?
Aqu mengaku yang aqu ni memang pelupa...tapi,xde la selalu sangat aqu lupa...paling kerap aqu lupa adalah kunci umah....hahah
Sebab kunci umah ni aqu sangkut sekali ngan kunci loker kat wad...~alasan..!~
Bila aqu amek barang dalam loker wad,dengan kunci-kunci aqu tinggalkan kat sana....hurm....ape boleh buat...

Dalam buku tulisan Ustaz Zahiruddin Zabidi,melalui kisahnya yang ke 6...katanya ; 

lupa tu adalah sifat azali manusia.Malah perkataan insan itu sendiri berasal daripada perkataan 'nasaya' yang bermaksud lupa...
See??
So,bila lupa,memang xleh nak salahkan sesiapa pun...

Tapi...!
Eh,ade tapi lah pulak kan...?huhu
Walaupun lupa tu adalah sifat azali kita sebagai seorang manusia,perlu diingat juga bahawa lupa kadang-kadang berpunca daripada kelalaian manusia itu sendiri.
Jadi,kalau ade pape yang korang terlupa ~terutamanya dalam hal-hal ibadah~ bersegeralah bertaubat dan memohon ampun daripada Allah.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Macamana korang mengingat sesuatu bila korang dah lupa?Contohnya,korang lupa korang simpan duit kat mana,lupa letak henfon kat mana....Ape yang korang wat untuk ingat balik?

~garu kepala macam ni?~

Cari?Cari dan terus cari...?
Jumpe x lepas cari tu?

Atok aqu pernah tertinggal cermin mata dalam kebun,waktu tu die nak pergi ambik jantung pisang.Lepas tu die letak cermin mata die atas satu batu besar,da siap amik jantung pisang die terus je balik rumah dan lupakan cermin mata die.
Masa nak pergi solat Zohor baru die tercari-cari cermin mata tu.Tapi xjumpe pun.
So,ape nak buat?

Kite sambung balik cerita dalam buku tulisan Ustaz Zahiruddin tadi.

''Apabila kamu lupa,bersolatlah dan yakinlah dengan izin Allah,
kalian akan jumpa balik barang yang kalian lupa kat mana letak duduknya tadi''


Hah!
Mesti selalu buat kan?Dan memang akan jadi kan?Kenapa ye....?

Kerana syaitan dan iblis akan mengganggu kamu dalam solat dengan mengingatkan kamu kepada perkara yang kamu lupa agar kamu alpa dalam urusan solatmu

Sama la kisahnya macam atok aqu tadi,dek kerana die dah tertinggal azan kat masjid,die pun solat kat rumah,baru je nak rukuk,tiba-tiba die boleh turun g kebun dan amik cermin mata die....Aduhai....

Korang macamana pulak?
Apa kisah lupa korang?
Ade x macam atok aqu ni ha....?huhu...

~akak kerani wad aqu suruh aqu gantung kunci loker kat leher...
kalau aqu lupe lagi,die nak pedajal aqu....isk!~
atikah : 110811

No comments: