Sunday, August 14, 2011

[ceRpEn] : InSyiRah...

Kami sudah makin jauh.Jauhnya bila kami bertemu,masing-masing saling tak memandang,xmempedulikan.Namun kadang-kadang tak dapat ku bohongi hati,aku rindu padanya,sesekali aku menjeling memandang susuknya meski tahu dia tak akan membalasnya.Aku senyum,senyumku sumbing kerana hati sedang bersedih.

Memandang yang paling jauh,yakni masa lalu yang kami tinggalkan sedikit sebanyak mengguris hati kecil ini.Jangan sesekali melempar janji andai kau tak mampu kotakan.Jangan sesekali lepaskan bila janji sudah dipatri.
Mengeluh bukan jalan yang terbaik untuk aku tenangkan hati.Saat aku lemah tak mampu berdiri,aku merangkak mencari Ilahi,menangis dan mengadu sepuas hati kepada Yang Maha Esa.

'Ketahuilah olehMu wahai Tuhanku,aku bersalah kepadaMu...'hati terus menangis.

Setahun berlalu.
Kuasa Allah menemukan kami kembali,berdiri dalam jarak yang paling dekat.Dekat kerana kami saling nampak,saling melempar senyum.Aku tahu senyumku kelat,wajahku kusam tidak bermaya.Aku gagahi untuk bertindak seperti biasa.
Dia datang menghampiri,bertanya khabar.Aku cuma senyum dan mengangguk,moga dia mengerti itu sahaja kekuatanku.

Cinta itu kadang-kadang memberi kekuatan,namun banyaknya memberi kelemahan saat hati benar-benar hancur.
Aku memandang langit,merayu Sang Pencipta,

'Ya Allah,jauhkan aku dari bayang-bayang duka.Kuatkan hatiku demi cintaku padaMu,'airmata merembes laju.

                                                                ***********************
Dia nampak sakit.Wajahnya pucat,tiada seri seperti dulu.Mata bundarnya juga nampak layu.Apakah aku telah membunuhnya dalam diam?

Pertemuan yang tidak terduga itu bukanlah kebetulan.Ia rancanganku,rancangan supaya aku dapat memandang wajah ayu itu lagi,supaya aku dapat menatap mata bundarnya,dan supaya kami dapat kembali seperti yang jauh....iaitu masa lalu.

Tapi,pertemuan yang aku rasa paling dekat itu ibarat menunggu mati.Jasadnya berdiri,tapi rohnya telah pergi.Tiada sepatah kata dari dia.Hati rasa sayu.

'Maafkan aku!'

''Kakak sihat?''teringat kembali pertemuan dengan adiknya beberapa minggu lepas.

''Kakak sihat,alhamdulillah,''

''Kakak di mana sekarang?Boleh berikan nombor telefonnya supaya abang dapat hubungi dia?''

''Kakak masih di tempat lama yang sama.Nombornya juga tidak bertukar.Dia masih di sana.Mungkin lebih baik jika tidak bertemu atau menghubungi dia,''aku sedikit terhiris.Tapi aku cuba senyum.

''Dia sudah berumahtangga?''aku menduga lagi.Hati melonjak ingin tahu.Adiknya senyum tanpa kata.Sekejap kemudian dia meminta diri sambil mengingatkan aku supaya tidak bertemu dengan kakaknya.Adakah kerana ini?

Aku ingin bertemunya lagi.Ingin meminta maaf atas apa yang terjadi.Ini salahku.Ia berpunca dari aku!

                                                         *********************************
'Tolong jangan ganggu aku lagi...!'hatiku membentak kasar.Namun bentakku itu tidak didengari.Aku sudah tidak mampu bersuara lagi.Dia memandang aku.

''Abang nak minta maaf dengan Nur,''aku diam,bisu.

''Abang minta maaf mengabaikan Nur sepanjang pertunangan kita.Abang salah bila abang melakukan semua ni.Abang tak berfikir tentang akibatnya!''

         Haram bagi seorang lelaki lain meminang seorang perempuan yang menjadi tunangan orang

''Abang tak pernah terfikir tentang hukum sebelum ni,abang pentingkan diri bila abang mengejar dia dulu dan tinggalkan Nur sendirian.Abang berharap Nur maafkan abang,dan kita kembali seperti dulu,''suaranya bagai merayu.Namun aku masih bisu.Menyusun kata.

''Perkara paling jauh adalah masa lalu,tak mungkin dapat kita capai kembali apa yang telah berlaku.Apa yang terjadi selama ini adalah dugaan dan ujian dari Allah buat saya.Kalau kemaafan yang awak pinta,saya sudah memaafkan.
Saya cuma ingin kepada perkara paling dekat,iaitu mati.Cinta bukan lagi  keutamaan bagi saya,''senyap.Aku lihat wajahnya berubah.Dia nampak sedih dan bersalah.

''Saya pergi dulu,maaf kalau ada tersalah kata.Saya masih tak sempurna dan takkan sempurna bila-bila.Kita mungkin takkan bertemu lagi.Assalamualaikum,''

Aku bangun.Meninggalkan dia sendirian di situ.Airmata meluncur laju menuruni pipi.Aku berdoa dalam diam moga mendapat kekuatan meneruskan semuanya.

                                                   *******************************
''Kenapa awak tak boleh menerima saya?Apa salah saya?Apa kekurangan saya?''

''Awak tak ada kekurangan Hakimi.Malah,jika saya menerima awak,awaklah kesempurnaan saya.Tapi,ada perkara membataskan segalanya,saya hidup bersandarkan agama.Ada perkara yang menghalang semua ni,''

''Saya tak faham maksud awak,''

''Saya tunangan orang,''Hakimi tersentak.Wajahnya berubah,tidak percaya.

''Jangan cuba mereka cerita hanya untuk melepaskan diri,''dia menduga aku.Aku mengangkat wajah,
memandangnya.Senyum kuukir agar dia tenang.

''Saya benar-benar menjadi tunangan orang.Tapi saya ditinggalkan kerana dia berpaling kepada wanita lain.Dia tidak pula memutuskan pertunangan ini.Dia tidak juga membalas setiap pertanyaan saya tentang hubungan ini.Kerana itu saya menyendiri.Haram hukumnya meminang gadis yang menjadi tunangan orang,Hakimi,''

Hakimi istighfar.Dia meraup mukanya berkali-kali.Melepaskan dia bererti aku melepaskan bahagia,tapi mana mungkin aku menolak hukum kerana inginkan bahagia.Haram,jika dilakukan juga bererti berdosa!

Lama kami diam,tenggelam dalam perasaan masing-masing.Kemudian dia bersuara.

''Bolehkah saya meminta supaya awak beristikharah dan solat hajat?Hubungi keluarganya dan terangkan semua ini?''dia meminta.Aku menerobos kenangan lalu.Mengingat setiap bait-bait ucapan mama kepadaku.

''Dia tak beritahu mama apa-apa,tak pernah dia usulkan kamu berdua putus atau tidak.Dia juga tak pernah bercerita tentang perempuan lain.Mama tak tipu,''

Aku mengeluh.Kemudian cepat-cepat aku istighfar.

                                                   *********************************


Dia datang lagi.Menjengah aku saban hari.Aku kurang senang.Aku cuba bertindak dengan buat tidak tahu sahaja.Tapi adakala aku tidak sempat mengelak.

Hari itu,dia muncul di depan ofis.Senyum.Aku berjalan terus tanpa menghiraukannya.Dia mengejar.Secepat kilat,tangannya memaut lenganku.Aku kaku.

''Jangan kerana kita masih belum putus,maka sewenang-wenangnya awak memegang saya,''aku bertegas,dia terkejut,lalu melepaskan pegangan.

''Saya mohon agar awak melepaskan ikatan pertunangan ini.Benarkan saya bebas seperti mana saya membenarkan awak memilih dia suatu masa dulu,''suaraku mendatar.

Dia kemudian melepaskan tangannya dari lenganku.Dia meraup muka.

''Abang tak boleh lepaskan Nur dan tak akan lepaskan Nur.Beri abang peluang untuk tebus semua kesalahan abang.Kita bina semua ni balik,''dia merayu.

'Tuhanku,tunjukkan aku jalannya,'aku merintih.

                                                   ***********************************
Istikharah,tahajud, dan solat hajat bagaikan penyambung nyawaku.Saat aku lemah dan kaku sendiri,inilah kekuatanku. Aku benar-benar memohon dan mengharap apa saja yang terjadi nanti adalah dalam lindungan Allah.Moga Allah memberkati keputusanku.

''Saya dah beristikharah,''aku memulakan,dia diam menanti ayat seterusnya.

''Allah lapangkan hati saya,tetapi tidak untuk menerima awak dan masa lalu.Saya minta maaf.Lama saya ditinggalkan,tanpa sedikit ingatan dari awak.Tiba-tiba awak datang dan meminta masa lalu yang jauh jaraknya.Tak tercapai akal saya memikirkannya.Saya meminta buat kali terakhir,lepaskan saya dan putuskan ikatan ni,''

''Abang mohon maaf sebab melukakan hati Nur.Abang lepaskan Nur dan ikatan pertunangan ini putus di sini,''lambat-lambat dia mengucapkan.Ada air jernih di matanya,biarkan!

''Terima kasih,assalamualaikum,''aku bingkas bangun dan keluar.Aku lepaskan semuanya di situ.Takkan ada yang tersisa lagi.Cukup sekadar di situ.

Aku berkira-kira untuk menelefon Hakimi.Tapi belum sempat aku mendail nombornya,ada mesej masuk.

''Lama saya menunggu,menjadikan awak sebagai suri hati,peneman sehidup dan semati.Pembantu saya menuju redha Ilahi.Sudikah awak Nur Insyirah,menjadi sebahagian dari kebahagiaan saya?''

Aku senyum.Kudongakkan kepala,Hakimi ada di hujung jalan memerhatikan langkahku.

2 comments:

Anonymous said...

hmmm...????;)

tika said...

hmmmm.....????